Visi & Misi

ANSARA TAIPING (TEPEN)

VISI

Pendokong amanah sebagai kesinambungan kepada matlamat MRSM untuk memartabatkan agama dan mendaulatkan bangsa dan negara.


MISI

Mewujudkan jalinan ilmu yang berterusan antara individu dalam ANSARA bagi meningkatkan ekonomi dan menyumbang kembali kepada masyarakat.


FALSAFAH

Setiap ahli ANSARA mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan agama, bangsa dan negara.

Sebuah tapak yang sesuai telahpun dipilih di atas Lot 5180. Keluasan Lot ini adalah 50 ekar terletak di Mukim Tupai, daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Lokasi tersebut sungguh menarik dan indah dengan berlatarbelakangkan Bukit Larut (Maxwell Hill) yang menghijau dan di pinggir sebuah Taman Tasik Taiping yang terkenal di negeri Perak. Sungguh ideal untuk sebuah institusi pendidikan. Kos pembinaan Maktab ini adalah berjumlah 11 juta ringgit. Kawasan pembinaan telah melibatkan hampir 40 ekar dan bakinya adalah dikekalkan flora dan fauna aslinya, untuk kegunaan hutan rekreasi dan kajian bagi pelajar-pelajarnya. Pada 1 Julai 1983, MRSM ini telah mula mengambil pelajar-pelajar perintisnya seramai 286 orang. Pada 29 Jun 1987, MRSM Taiping telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak. Pada 2 Januari 2005, projek peningkatan MRSM Taiping dilaksanakan. Projek ini melibatkan pembinaan 1 blok bangunan pentadbiran, 8 unit rumah guru dan juga rumah pengetua.

Pada 23 Disember 1990, pendaftaran pelajar-pelajar Program Khas Pendidikan telah dilaksanakan. Seramai 295 orang pelajar telah dimasukkan ke Program ini di Tingkatan Empat. Mulai dari tarikh tersebut juga, MRSM Taiping telah dijadikan Pusat Program Khas Pendidikan. Bermula pada tahun 1995 model pengayaan yang digunakan di MRSM Taiping ialah model yang diadaptasi daripada ‘The Schoolwide Enrichment Model (SEM) yang diperkenalkan oleh Renzulli pada tahun 1985. MRSM Taiping juga merupakan satu-satunya MRSM yang telah menjalankan MISO 9002:1994 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maktab ini telah dianugerahi Sijil MISO 9000:1994 pada September 2000.