Program Wall of Fame MRSM Taiping Sesi 2021

Pihak Pengurusan MRSM Taiping dengan kerjasama ANSARA Taiping (TEPEN) bercadang untuk mengadakan ruangan Wall of Fame bagi mempamerkan senarai Alumni MRSM Taiping yang mempunyai pencapaian yang membanggakan seterusnya memberi inspirasi kepada seluruh warga MRSM Taiping terutamanya para pelajar untuk terus berusaha mengekalkan juga meningkatkan kecemerlangan.

Selain itu juga, melalui ANSARA Taiping (TEPEN) kita dapat mengumpulkan kembali senarai serta maklumat ANSARA yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara sama ada melalui penglibatan dalam dunia korporat, industri, perniagaan ataupun peribadi.

Maklumat Program

  1. Seramai 25 ANSARA (1 wakil dari setiap Batch SPM 1986 sehingga 2010) akan tersenarai pada Wall of Fame bagi tempoh 12 bulan.

  2. Setiap ANSARA yang tersenarai akan melaksanakan sekurang-kurangnya 1 program bersama-sama pihak MRSM Taiping & 1 program bersama-sama pihak TEPEN bertujuan memberi inspirasi dan memotivasi warga MRSM Taiping & TEPEN (contohnya: program motivasi / perkongsian / bengkel / webinar / workplace visit / mentorships dan sebagainya)

Proses Program

30 Disember 2020 – 05 Januari 2021:

  • Setiap Batch Champion (Wakil setiap Batch SPM 1986 sehingga 2010) akan mencalonkan sekurang-kurangnya 3 Ahli Batch masing-masing yang difikirkan layak untuk disenaraikan pada Wall of Fame MRSM Taiping melalui Google Form (bit.ly/WOF2021).

  • Pencalonan diri sendiri oleh Batch Champion atau mana-mana ahli Batch juga akan diterima.

  • Pencalon perlu memaklum dan mendapatkan persetujuan calon sebelum pencalonan dibuat. Batch Champion atau mana-mana ahli Batch sebagai Pencalon / Calon menyerahkan senarai maklumat yang diperlukan sebelum atau pada 05-Januari-2020, sama ada melalui Batch Champion atau terus kepada Penyelaras Program.


06 Januari 2021 – 23 Januari 2021:

  • Proses penilaian dan pemilihan oleh MRSM Taiping bagi mendapatkan 25 ANSARA (Seorang bagi setiap Batch SPM 1986 sehingga 2010) untuk disenaraikan pada Wall of Fame.


24 Januari 2021:

  • Pengumuman kepada semua calon terpilih. Surat Pelantikan oleh Pihak MRSM Taiping.


Sometime in January 2021 (TBC):

  • Majlis pelancaran program dan sesi serah tugas ini akan dilaksanakan dan perlu dihadiri oleh kesemua 25 ANSARA yang tersenarai pada Wall of Fame secara Maya / Fizikal (bergantung kepada keadaan)

Penyelaras Program

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh terus hubungi senarai di bawah:

a. Penyelaras Program Wall of Fame (TEPEN)

Hafizee Hamid, Setiausaha TEPEN

+6019-3830570 / ansara.taiping@myansara.org


b. Penyelaras Program Wall of Fame (MRSM Taiping)

Cikgu Aisyah, Kaunselor MRSM Taiping

+6013-6704668 / noraisyah.hasim@mara.gov.my

Senarai Ahli Wall of Fame MRSM Taiping Sesi 2021

Senarai Pencalonan Bagi Program Wall of Fame MRSM Taiping Sesi 2021